Thursday, November 27, 2008

Calling...callinggg!!!!!


Kepada korang yang berminat nak datang dan suke nak melihat hasil2 kerja grafik yang comey tanpa sempadan...silalah ke UiTM Shah Alam pada 29 hingga 6 Disember 2008, Fakulti FSSR,pameran berlangsung di kawasan Foyer FSSR.. dan jenguklah spuas hatimu....masuk percuma...makan pun ader....

Tuesday, November 11, 2008

Aku 'masih' Hidup Lagi Hari ini



Hari ni aku masih hidup...Alhmadulillah...
Kenapa? Sebenarnya tetiap hari pun aku berisiko tinggi untuk menjadi mangsa pada keadaan yang tak terduga...
Setiap hari (kecuali sabtu dan ahad) tepat 4.30 pagi aku akan bangun....gosok baju,mandi...
sarapan? mustahil aku akan dapat sarapan pasal mak aku dah dekat 20 tahun tak sediakan makanan pagi kecuali selepas pukul 8.00 pagi di hari ahad dan sabtu. Lagipun mak aku selalu tak sihat ngan keadaan kaki dia yang sakit selalu, walaupun mempunyai hobi suker berjalan jauh dan mengambil makanan tanpa pantang dengan kadar gula yang agak tinggi...apatah lagi dia merupakan seorang pengidap diabetes peringkat kedua!
So, mak lenkali tak boleh lah nak salahkan orang kalau tak suker makan ubat biler disuruh....agak2 perangai siapalah aku ikut tu?
Kalau sebelum nie selame 3 semester aku berulang alik dengan abah aku yang waktu itu bertugas di JPJ padang Jawa....tapi sejak dah dinaikkan pangkat sebagai CC (actually aku pun tak jelas ngan pangkat CC nie...akronim daripade ape ntah, yang aku tahu itu lah pangkat yang abah aku dapat sebelum bersara setahun dari sekarang dan kali ini berkhidmat dengan Jabatan Bomba)... menambahkan suasana sengsara, pejabatnya plak kat Putrajaya!
Maka sebagai jalan alternatif, aku naik bas Banting- K.L seawal pukul 5.15 pagi bagi mengelakkan jammed yang tak terduga. Kalau naik bas lambat maka tak sempatlah aku nak bersolat kat surau fakulti...paling cepat aku boleh sampai sebelum pukul 6.30 pagi.
Risikonya? Aku akan berhenti di jejambat lebuhraya s alam dan berjalan kaki dalam suasana gelap pagi selame 10 ke 15 minit sebelum betul2 sampai di pintu pagar uitm....aku bersyukur sangat sistem lampu kat situ tak pernah buat hal. Dalam hati selalu terbit rasa bimbang kalau2 ada hamba Allah yang pendek akal dan jahil menceroboh dan meragut segala apa yang ada pada diri aku....
Dalam hati, aku bermohon sangat2 agar keselamatan diri ini selalu dilindungi olehNya. Biarlah laluan yang aku selalu ambil tetiap pagi itu selamat sentiasa tanpa ada ganggguan.
Tapi pagi nie betul2 mengganggu kelancaran kehidupan aku pagi nie. Agak pelik biler saje aku jejak kaki ke Bus Stand Banting, barisan yang beratur untuk ke KL agak pendek. Bile aku hampiri, ader yang ambil jalan shortcut dengan buat 2 3 lane. Pelik, selame hampir 5 bulan aku naik bas pagi...tak pernah tidak diorang tak beratur dalam satu barisan walaupun kadar kepastian untuk mendapat tempat duduk agak tipis...tapi pagi nie lain.
Ah,janji aku dapat tempat dodok gak....buku berat tak sudah aku tengah kendong nieh...
Yang menambahkan suasana tak best nyer...pemandu bas aku pagi nie adalah spesis manusia yang aku tak mahu jumpa dalam hidup ini. Pada aku dia antara pemandu bas yang agak kasar bahasa dan perangai. Pernah sekali tangan aku sedang sarat dengan beg dan buku2 library untuk thesis...aku meletakkan duit tambang di atas pembahagi tempat duduk antara pemandu dengan penumpang...pemandu tu plak tengah duduk dan pembahagi tu separas tangan dia. Tapi dia suruh aku ambil balik duit tu dan bagi duit tu ke tangan dia! Memang jenis manusia tak bertimbang rasa betullah...kene katarak mate ke sampai tak nampak yang aku tengah berurusan dengan buku2 yang tebal yang asyik nak jatuh kalau aku tak pegang betul2?

Tapi aku redha dan buat aje seperti yang disuruh...mungkin pada dia cara aku yang awal tadi agak meng'hina' dia agaknya...tapi bukan aku suruh dia kutip duit tu kat kaki...kalu macam tu barulah dinamakan menghina...tapi entahlah...pada dialah kot...

Tapi biler selesai saje aku menjelaskan tambang bas sebanyak RM4.00 yang di mana sebelum ini hanya RM3.20, aku pun pilihlah tempat duduk yang dekat dengan pintu bas supaya senang aku nak bergerak keluar dengan buku yang sarat di tangan. Tapi dia ARAHkan aku supaya duduk di belakang kerana destinasi aku adalah di banting...destinasi terakhir bas. Tempat duduk depan untuk penumpang2 yang akan turun awal. Tapi mintak maaplah, 'APA HAK KAU NAK SURUH AKU DUDUK BELAKANG WALHAL AKU DAH BAYAR TAMBANG RM4.00 WALAUPUN HARGA MINYAK DAH TURUN? lagi satu, ADALAH HAK PENUMPANG ITU SENDIRI MENENTUKAN MANA TEMPAT DIA NAK DUDUK ASALKAN MENDATANGKAN KESELESAAN DAN KEMUDAHAN PADA DIRI BELIAU....dan sesungguhnya ayat itu hanya berlegar-legar kat kerongkong tanpa dapat diluahkan walaupun aku meronta2 nak sebut....tetapi sebagai feedback, aku buat tak tau arahan dia dan duduk kat tempat duduk pilihan aku. Dia marah dan memperli bukan2...untuk aku...AKU PEDULI HAPE!

Tak sangka pagi nie dia jadi pemandu untuk destinasi ke KL....alhamdulillah aku dapat tempat duduk selepas melepasi lane yang berterabur....
Kesengsaraan pagi aku bermula bila dia memusingkan stereng untuk bergerak keluar dengan gaya yang begitu ekstrem sekali!!!! Udahlah laju macam jin baru kuar dari botol, biler nak brek lagi seram....arghhh...yang pasti gaya pemanduan dia itu memang tak sesuai untuk kenderaan yang membawa penumpang....apatah lagi sarat macam tin sardin yang telah di kemekkan.
Tapi aku bersyukur, nasib baik ada sifat kemanusiaan hidup dalam jiwa aku. Ketika penumpang lain dan separuh perjalanan melayan bahtera akibat kesejukkan dan kegelapan pagi....aku yang antara mahu lelap dengan tidak, terbangun biler seorang Jururawat yang sedang sarat mengandung berdiri betul2 di sebelah aku. Walaupun beg aku berat dan buku di tangan aku sendat, aku tetap bangun untuk berikan dia tempat duduk.
Tak sampai 5 minit, driver bus perperangai jin tu buat hal dia....menekan brek secare mengejut. Bayangkanlah kalau jururawat tu still lagi berdiri dan cengkaman pegangan dia tak sekuat aku ketika berdiri dalam bas.Aku yang berpaut kukuh pada pemegang pun hampir2 jatuh akibat brek tak terduga itu, apatah lagi dia.
Dengan itu aku bersyukur sangat2 aku masih hidup lagi biler mengenangkan nyawa aku di ambang risiko akibat gaya pemanduan driver bus yang tak ubah macam ifrit baru balik joli katak kat kelab dangdut....

Monday, November 3, 2008

Degree Show...(?)(!)

Sekali lagi...aku di'masukkan' sekali lagi, ulang suara dimasukkan sekali lagi...! kesebuah organisasi pengurusan untuk final degree show yang bakal berlangsung 2 minggu dari sekarang...
kalau ikutkan jeritan dan rontaan jiwa bakul aku nieh...AKU TAKNAK TERLIBAT!!!!!!!!!
Aku nak fokus giler2 kat projek MAJOR aku yang ntah ape2 perkembangannya itew....
MAJOR hampir2 aku lupa akan kewujudannya akibat terlalu fokus ngan Famili Deii, Jamuan Hari Raya yang trajik dan THESIS....arghhhhhh!!!!!

Boleh ker aku kate semua ini kesilapan....satu kesilapan besar?????

Kenape aku dengan rele hati buat semua bende nieh...aku kene tahu kemampuan aku takat mana....sejauh mana kebolehan aku boleh dieksploitasikan...
tapi...entah....boleh ke?

Sunday, November 2, 2008

Ketagihan Yang Kembali...

Ungu - Cinta Dalam Hati -
Kuang hajor betullah cerekarama tv3 malam sabtu lepas...
aku dah lame sebenor nyer tak layan lagu ni...tapi pasal deme jadikan lagu tu sebagai lagu tema..
aku dah addict balik nak dengor....dem!!!!

korang layannnnnnnnnnnn!!!!!

opening credit....


Salam buat semua....

entah ngape bawu hari nie tergerakjari jemari batang pinang nie dan kasar bak pasir pantai morib menggatal untuk mencipta sebuah blog dan aku rase aku mmg teringin nak ader blog sendiri....


senang kesah aku baru melayan sebuah drama melayu yang tetibe rase tercintan plak...

yes,aku peminat kisah cinta yang tak kesampaian...(aphal, tak boleh ke? pribadi ajer brutal tapi jiwa lara aku senipis tisu okeh!)

macam filem mawar merah,suara kekasih,spanglish, english patient, dan terbaru malam tadi drama cerekarama kat tv3...Cinta Dalam Hati...


hah elok sangat...title pun dari name lagu favourite aku..nyanyian kumpulan Ungu...


kudos to the mr director...heykal hanafiah...

lately drama2 arahan dia cam bleh layan lah skarang....tak mengecewakan lah hasilnya...



kebenarannya...2 3 minggu kebelakangan nie aku mengalami jiwa kacau yang teramat sangat..

buat kengkawan kat kelas terperasanlah muke aku pucat tak bermaye....

well, pasal dah semester akhir kut....and bukan kerje kursus ajer yang perlu aku hendel...

tugas yang tak sepatutnye aku pegang pun terpikul di batu jemala aku yang berkelemumur ini...


aku buat semua itu atas rasa tanggunjawab....juga atas dasar nama persahabatan....

aku tak mendapat sebarang laba pun dari kerje yang aku buat ini...

sampaikan abah aku kate..."BOLEH DAPAT DEAN LIST KE KEJE YANG KO BUAT NI?"


biarlah....aku pun tak harapkan belas ihsan, cukuplah sekadar memahami....

skill dan bakat aku pun tak sehebat mana, andai lepas pengajian ni aku boleh mendapat kerja dengan kelulusan yang aku ada itu pun satu rahmat besar ALLAH s.w.t pada aku....


kesian kat korang yang terbece blog starter aku nieh....nie blog luahan perasaan kehape?

buat buang mase ajer....

dah name pun blog aku....suke lah nak luah ape pun...kut rase aku ni 'mentel' sgt...pi main jauh2!